Skip to main content

Posts

Showing posts with the label nona roguy

SEMBELIT ???

  Takut sembelit ketika dalam pantang ? Tak perlu takut la. Meh nak share pengalaman ernie tentang phytonatal. Kalau takut pahit , tak sedap, hadap la dengan masalah sembelit tu. Silap silap boleh buasir. Uishhhh minta dijauhi la buasir ni. Ernie dah lupa la ernie ambil berapa kaspsule setiap hari tapi kan even 1 capsule pun membantu utk flush tau. Apa yang pasti, pagi pagi mesti cirit. Perut pun ringan ja. Best la....alaa...tak dalam pantang pun ernie ambil ni. p/s : ernie bukan penjual Nona Roguy

AKAR HERBANIKA - NONA ROGUY

Sedap ka akar herbanika ?? Soalan wajib dari yang belum pernah minum. Ernie start minum 1st dalam pantang anak sulung iaitu Muhammad 'Aisy Azfar tahun 2006. Ernie beli full set berpantang masa tu. Apa yang ernie perasan, minuman ni bantu ernie berpeluh dan banyakkan susu badan. Ernie minum lama juga. Then waktu Aisy 6m ernie stop minum. Susu badan pun tak ada dah. 6 month ernie menyusu Aisy. Ia disediakan dalam uncang seperti uncang teh. Memang berpeluh la jika minum air ni suam suam. Rendam kejap ja , then angkat letak dalam bekas lain utk simpan dalam fridge. Nanti nak minum, boleh guna uncang tersebut lagi. Jimat sangat sangat. Setiap kali berpantang, memang la ernie akan ambil akar hebanika ni. Dalam pantang ni, kalau jaga betul betul, berat badan boleh turun banyak. Jangan la langgar pantang, nanti menyesal tak sudah. Berat badan tak apa lagi. Tapi sebagai perempuan, kena jaga pelbagai sudut. Adakala orang akan cakap jamu boleh menyebabkan baby kuning. Hasil pengalaman ernie, ...

NONA ROGUY

SIAPA PERNAH CONSUME NONA ROGUY ???? Ernie kenal produk ni melalui mak. Kira nya mak ni bab jaga badan memang teliti sangat. Masa ambio nona roguy ni muka flare dengan jerawat. So, mak suggest ambil nona roguy untuk cuci dalaman badan. Yalaa...pakai krim hebat macam mana pun tak guna gak if dalaman body tak elok. Ernie start ambil 2001 , masa tu ernie masih study di Polimas. Ernie dan seorang kawan namanya Tanis ambil nona roguy. Tanis ni lagi la particular bab kecantikan. So, kami akan deal supaya tak clash time untuk membuang. Nona roguy ni bagus untuk flush. Kiranya ernie ambil sebelum tidur 10pm, esok 7am memang punch card terus. Mau tak deal, sekali dia bg hint, mau tau la. Jangan nak gatal hold pi tandas, boleh berterabur tau dak. Body pun rasa ringan bila ambil supplement ni. Ernie consume till year 2014. So, kalau la ada yang ada masalah untuk buang air besar, amatlah digalakkan ambil nona roguy.