Skip to main content

My Life





Rasanya ernie start aktif share tentang Essential Oil ialah bulan June 2018, di mana selepas Hari Raya. Selalu ernie berdoa kepada Allah supaya murahkan rezeki dan dpt rezeki yg halal.

Masa mula guna eo Novemver 2017, fokus pada kesihatan anak kedua sahaja. Tapi bila bulan April 2018, tgk tgk ada komisen masuk RM 1800.00. Tapi masih relax la sebab mmg x terfikir nak serius dlm YL. Tapi ernie keep on share kebaikan. Rasa teruja sgt bila perubahan yg amat ketara pada diri anak anak.

Bulan Mei, dpt komisen RM 400...masa tu mmg zero dalam akaun. Kebetulan masa ni mmg nak guna duit. Ya Allah, mengalir air mata ernie ketika ini. Terasa betapa kerdilnya diri ini. Hanya ernie dan husband saja tahu bagaimana situasi kami ketika itu. So, hanya di blog ini sahaja ernie luahkan apa yg terbuku di hati.

Start from that time, ernie terfikir maybe Allah ingin bukakan pintu rezeki ernie melalui share ttg eo. Selain dapat membantu org dlm kesusahan, ernie dapat jana income.

Apapun ernie sentiasa akan remind pada diri sendiri, jangan hanya bermotifkan untung semata-mata tetapi bantu lah org yg di dalam kesusahan. 

Ernie sendiri asal dari keluarga susah, so mmg terkesan jika terbaca any story ttg org yg dlm kesusahan. Kesusahan ernie tidak la sampai merempat atau tiada makan. Tapi betapa mak abah berhempas pulas mencari rezeki.

Tak pernah sekali pun mak cakap "TAK BOLEH" @ "TAK ADA DUIT" jika kami minta duit utk beli buku. Ya Allah...bertuahnya kami 3 beradik kerana dikurniakan ibubapa yg penyayang dan sentiasa mencari rezeki utk kami menimba ilmu. Dulu mak akan ambil upah jahit leher baju kurung around RM 5 sehelai. 

Jika kita tiada duit, xkan la nak meminta minta pulak kan. Hanya pada Allah kita berserah. 

Since 2002 till 2013, ernie bekerja sebagai Pengurus di syarikat milik keluarga. Oleh kerana tanggungjawab terhadap anak dan suami, ernie ambil keputusan utk resign. Awal 3 bulan mmg merimaskan sebab dah biasa busy kan. At the same time, start tahun 2007, ernie dan husband berniaga. Kami mula dengan berniaga pakaian. 

Dah pernah jadi macam org junjung pun. Kiranya Aisy pernah tidur di kaki lima sebab follow kami berniaga. Nak kata berniaga sebab x cukup duit, pun tak. Tapi rasa satu kepuasan bila berniaga. Last gie ambil stock pakaian di Vietnam masa sdg sarat mengandungkan Emir. Masa tu October 2019. Kandungan 5 bulan. Then selepas bersalin Emir, dah x ke Vietnam. Tak sempat nak ke sana sbb Emir ni rapat sgt dgn ernie.



Comments

Popular posts from this blog

Hijjaz - Doa Pagi (Lirik Arab & Maksud)

Dah lama mama dengar Emir dendangkan lirik ni. Terutama masa nak tidur. Rupanya di sekolah Ticer dok buka Doa Pagi. At last baru mama dapat di youtube.

KEGUNAAN EO CEDARWOOD

Minyak pati Cedarwood mempunyai aroma yang hangat, santai yang menenangkan apabila diffused. Ia boleh digunakan secara topikal pada kulit dan rambut untuk melembapkan dan keadaan. Orang Mesir kuno menggunakan kayu cedar bukan sahaja dalam upacara upacara, tetapi juga dalam banyak persiapan kecantikan. 1. Melembapkan: Keadaan yang mendalam rambut anda dengan menambahkan beberapa titis cedarwood kepada minyak zaiton atau v6 oil. Sapu campuran minyak ini ke akar rambut anda. Biarkan ia kekal di atas rambut anda sehingga satu jam sebelum mencuci dengan air suam dan bilas dengan sejuk. 2. Penjagaan kulit kepala anda: Tambah Cedarwood ke hujung jari anda untuk urutan kulit kepala yang merangsang. 3. Poland: memanaskan beberapa titis Cedarwood di telapak tangan anda, kemudian sapu melalui rambut anda untuk bersinar cemerlang. Selain menyokong rambut yang sihat, Cedarwood juga mempunyai ciri pembersihan kulit yang membantu mengekalkan penampilan kulit yang muda. Berikan empa...

Jatuh Cinta "at 1st DROP"

Jatuh cinta at 1st drop. Bukan jatuh cinta pada pandang pertama tau. Tapi at 1st drop. Setitik eo mampu mencairkan hati mama dan waled. After 4 month guna oils tanpa diffuser, at last mama waled berjaya beli untuk family. Punya la happy bila dah cukup wang untuk beli diffuser ni. Walaupun pada awal nak beli Desert Mist Diffuser sebab bentuk yang cantik, tapi ambil Dew Drop memandangkan stok Desert Mist habis. Alaa...apa ada pada rupa kan. Janji boleh guna untuk kebaikan seluruh family. Tau apa kelebihan set Dew Drop Diffuser ??? Ia ada extra Eo Lavendar dan Eo Lemon. Untung tau bila dapat extra extra ni. Pada awal guna till now memang diffuse non stop. Hanya tutup jika keluar dari rumah. Pi mana pun mesti usung diffuser. Rasa relax dan terapi sangat. Yang pasti anak anak tidur awal tanpa perlu di suruh dan kita as parents pun dapat tidur dengan nyenyak. Bangun ja pagi, sebelum buat apa apa, mesti akan diffuse apa apa oil dulu. Paling fresh diffuse eo Lemon. Kids pun bangun dalam keadaa...